Diam tak diam, sudah sebulan lebih kita bercuti. Penulis berani mengatakan yang ramai guru yang seakan merangkak hendak ke sekolah semula. Namun, tanggungjawab kita adalah segalanya bukan? Penulis yang sampai lewat di Miri semalam terpaksa bermalam di sana dan menaiki pacuan roda seawal pukul 5.30 pagi semata-mata ingin menghadiri mesyuarat kurikulum kali pertama untuk tahun 2011 ini.
penulis mendapat berita yang 2 sahabat sekerja yang membuat rayuan telah bertuah kerana ianya berhasil dan mereka akan ditempatkan di sekolah baru pada awal persekolahan 2011 ini. Tahniah diucapkan kepada Cik Wong Yu Ching dan Puan Bong Siew Yen. Nampak gayanya, terpaksala kami mencari 'partner' baru untuk bermain badminton kelak. :(
Penulis mendoakan mereka akan lebih bersemangat mengajar di tempat baru nanti. :)
Pada masa yang sama, penulis mengucapkan tahniah kepada Puan Bong Ko Jen kerana dilantik menjadi guru Pemangku PKHEM. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. ;P
Tahun ini agak mencabar bagi dari pandangan penulis kerana kekurangan guru menyebabkan setiap guru akan mengajar 32 masa atau lebih pada setiap minggu kecuali pemangku guru besar.
Alas, when the going gets tough; the tough gets going!
No comments:
Post a Comment