Tanggal 3 Januari 2011 adalah hari yang sangat bermakna bagi sesetengah ibu bapa. Terutama sekali mereka yang anak sulungnya akan mula memasuki tahun satu hari ni. Tidak terbayangkan betapa comelnya anak2 kecil ini dengan pakaian seragam baru mereka lengkap dengan peralatan tulis yang baru dibeli.
Hari ini adalah hari yang bersejarah buat murid-murid tahun satu yang baru menjadi anak didik di sekolah ini. Penulis bergegas-gegas ke blok Tahap Satu demi merakamkan foto-foto mereka. Agak lucu karenah anak-anak murid kecil ini daripada penglihatan penulis.
Mereka semua tidak menangis. Tiada setitik pun air mata yang penulis lihat jatuh dari pipi mereka. Setiap dari mereka tampak segak bergaya dengan persalinan masing dengan wajah yang sungguh bersemangat. Ada yang bersembang dengan rakan sebelah, cuba untuk berkenalan agaknya. Ada yang berdiri; tidak tahu tempat duduk yang sesuai baginya. Ada yang tersengih apabila foto mereka penulis rakamkan. Pendek kata, anak-anak kecil ini sepertinya tidak takut dengan kondisi baru yang mereka sedang alami.
Kanak-kanak ini bagaikan malaikat kecil yang naif sifatnya.Tergantung kepada guru masing-masing untuk mencorakkan sayap mereka. Jika hitam warnanya, hitamlah hatinya, beballah jiwanya. Jika Putih warnanya, putihlah hatinya, sucilah kalbunya.
Masih ingat tatkala anda sendiri memasuki tahun 1? Menjejaki sekolah buat kali pertama dalam hidup?
Penulis: masih ingat tatkala dirotan cikgu kerana pergi ke meja kawan dan bermain teka shilling
Gambar akan dimuat-naik nanti. Penulis tertinggal kamera di sekolah.
No comments:
Post a Comment