Monday, November 15, 2010

out with the old ...

Secara rasminya, blog ini dilahirkan pada hari ini demi mengangkat apresiasi guru-guru yang bakal berpindah keluar dari sekolah ini.

Penulis terpanggil untuk membuat blog ini demi memikirkan cara yang lebih efisen untuk terus berhubung dengan guru-guru, murid-murid dan pihak lain yang sememangnya berada di dalam SJKSJ ataupun yang sudah atau akan berpindah. 

Sayu hati (sensitif) penulis membayangkan atmosfera SJKSJ yang mungkin tidak seceria selalu memandangkan beberapa guru yang penulis anggap sangat berkaliber dan banyak menyumbang darah dan keringat mereka demi memantapkan prestasi SJKSJ baik dari segi akademik dan lain-lain.

Sebetulnya, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya dan selamat tinggal kepada 4 guru berdedikasi yang akan meninggalkan SJKSJ.


 cikgu Chai Min Lee
"Antara guru yang paling ceria dan aktif dalam tarian di sekolah"


cikgu Elida Alexander Alibar
" 'Partner in crime' penulis di dalam panitia BI-we gonna miss you loads gerl"

 cikgu Kon Tai Kong
"antara guru yang tegas tetapi peramah yang tidak pernah lokek menghulurkan bantuan"


Ustaz Mohamad Hairul Nizam
"merupakan antara guru yang paling banyak membantu penulis semasa mula-mula berpindah ke SJKSJ dan begitu banyak membantu penulis menyesuaikan diri-thanks a lot beb!"



Setahun berlalu begitu cepat. Walaupun selalu kita dengar ucapan seperti ini dimadahkan, tetapi bagi penulis tahun ini penuh dengan pelbagai warna-warni kehidupan yang kadangkala pahit untuk ditelan dan begitu manis sehingga susah untuk dilupakan.

Life is not about counting the good things that we do; 
but how many people that we  have touched in our lives.
-kast