Tuesday, January 25, 2011

Cetak Slip Gaji?

Waktu sekarang adalah pukul 1.03 pagi. Penulis masih lagi menanda buku-buku latihan murid. Alangkah baiknya jika murid it tahu betapa penulis cuba memahami setiap jawapan yang kadangkala tidak masuk akal yang diisi oleh mereka. Namun, itulah lumrah belajar; belajar daripada kesilapan yang dibuat.

Sambil menanda buku, penulis bersembang secara online dengan beberapa rakan guru yang sibuk menanda buku dan ada yang sedang mengemaskinikan data SMM. Seorang rakan guru bertanya kepada penulis..bagai ingin mencetak slip gaji secara online. Beliau tidak dapat mengenalpasti aplikasi tersebut dalam laman web KPM. Setelah gigih membuat kajiselidik online, penulis dapat jawapannya.

Langkah pertama:
Layari laman web Jabatan Akauntan Negara: http://www.anm.gov.my


Langkah 2:
Klik pada e-Penyata gaji & Laporan






Langkah 3:
Klik pada akses sistem.




Langkah 4:
Klik pada pertama kali mendaftar.


Langkah 5:
Satu page baru akan muncul di mana pengguna wajig mengisi No. Kad Pengenalan, No Gaji, Kata Laluan dan sebagainya.




Langkah 6:
Setelah segalanya selesai, anda boleh log masuk dan
mencetak slip gaji mengikut bulan-bulan tertentu.






Slip gaji ini boleh dicetak ataupun disimpan secara softcopy.








Dengan adanya langkah-langkah ini, akan memberikan garis panduan rakan-rakan guru sekalian untuk memeriksa slip gaji dan mencetaknya nanti.









p/s: bila nak naik gaji? :)



Wednesday, January 5, 2011

Rakaman hari pertama persekolahan.

Seperti yang dijanjikan, here goes gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa hari pertama persekolahan 2011. Enjoy.




Add caption

Monday, January 3, 2011

Pendaftaran Tahun Satu 2011

Tanggal 3 Januari 2011 adalah hari yang sangat bermakna bagi sesetengah ibu bapa. Terutama sekali mereka yang anak sulungnya akan mula memasuki tahun satu hari ni. Tidak terbayangkan betapa comelnya anak2 kecil ini dengan pakaian seragam baru mereka lengkap dengan peralatan tulis yang baru dibeli.

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat murid-murid tahun satu yang baru menjadi anak didik di sekolah ini. Penulis bergegas-gegas ke blok Tahap Satu demi merakamkan foto-foto mereka. Agak lucu karenah anak-anak murid kecil ini daripada penglihatan penulis.

Mereka semua tidak menangis. Tiada setitik pun air mata yang penulis lihat jatuh dari pipi mereka. Setiap dari mereka tampak segak bergaya dengan persalinan masing dengan wajah yang sungguh bersemangat. Ada yang bersembang dengan rakan sebelah, cuba untuk berkenalan agaknya. Ada yang berdiri; tidak tahu tempat duduk yang sesuai baginya. Ada yang tersengih apabila foto mereka penulis rakamkan. Pendek kata, anak-anak kecil ini sepertinya tidak takut dengan kondisi baru yang mereka sedang alami.

Kanak-kanak ini bagaikan malaikat kecil yang naif sifatnya.Tergantung kepada guru masing-masing untuk mencorakkan sayap mereka. Jika hitam warnanya, hitamlah hatinya, beballah jiwanya. Jika Putih warnanya, putihlah hatinya, sucilah kalbunya.

Masih ingat tatkala anda sendiri memasuki tahun 1? Menjejaki sekolah buat kali pertama dalam hidup?

Penulis: masih ingat tatkala dirotan cikgu kerana pergi ke meja kawan dan bermain teka shilling

Gambar akan dimuat-naik nanti. Penulis tertinggal kamera di sekolah.

Saturday, January 1, 2011

Selamat tinggal 2010; selamat datang 2011

Diam tak diam, sudah sebulan lebih kita bercuti. Penulis berani mengatakan yang ramai guru yang seakan merangkak hendak ke sekolah semula. Namun, tanggungjawab kita adalah segalanya bukan? Penulis yang sampai lewat di Miri semalam terpaksa bermalam di sana  dan menaiki pacuan  roda seawal pukul 5.30 pagi semata-mata ingin menghadiri mesyuarat kurikulum kali pertama untuk tahun 2011 ini.

penulis mendapat berita yang 2 sahabat sekerja yang membuat rayuan telah bertuah kerana ianya berhasil dan mereka akan ditempatkan di sekolah baru pada awal persekolahan 2011 ini. Tahniah diucapkan kepada Cik Wong Yu Ching dan Puan Bong Siew Yen. Nampak gayanya, terpaksala kami mencari 'partner' baru untuk bermain badminton kelak. :(

Penulis mendoakan mereka akan lebih bersemangat mengajar di tempat baru nanti. :)

Pada masa yang sama, penulis mengucapkan tahniah kepada Puan Bong Ko Jen kerana dilantik menjadi guru Pemangku PKHEM. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. ;P

Tahun ini agak mencabar bagi dari pandangan penulis kerana kekurangan guru menyebabkan setiap guru akan mengajar 32 masa atau lebih pada setiap minggu kecuali pemangku guru besar.


Alas, when the going gets tough; the tough gets going!